Sunday, February 7, 2016

Faham.

Kadang,
Kita cuma nak orang yang kita sayang,
Faham,
Betapa susahnya kita untuk lupa satu satunya kenangan yang paling pahit kita ada.

Resah.
Gelisah.
Sebab sedaya upaya cuba untuk tidak berfikir semula yang ia boleh berlaku lagi.

Kadang,
Bertahun berlalu
11 tahun dikira,
Tidak menjamin apa-apa.
Kerana aku masih ingat,
Suara yang aku dgr maghrib itu, esok pulang sebagai jenazah.

Kau tahu berapa jam jarak tersebut?
Tidak sampai 12 jam aku kira.
Dan kau cuma mampu duduk berteleku di sudut dinding memeluk lutut, sambil tersenyum melihat orang yang lalu lalang.

Tiada air mata.
Tiada rasa apa.
Kosong.
Yang datang menepuk bahu dengan mulut yang berkata kata tidak ada satu pun y dengar ke telinga.

Kerana dalam hati masih berharap yang
terbujur kaku itu bukan orang yang selama ini menjadi tempat kau berpegang erat.

Benar.
Kita dan mati hanya sejarak satu garisan.
Garisan halus.
Yang bila sahaja mampu putus.

Jadi.
Kamu.
Tolong.
Aku merayu.
Cuba sesaat rasa bagaimana jadi aku yang tersenyum di sudut dinding itu.

No comments:

Faith.

Hello Blog !*excessive waving* It's been a while I am writing here.  2020 is the year I got pregnant. I was really happy but then the pr...